Header Image - Panduan Menjadi Agen Unit Amanah

KEINGINAN lebih penting…

Isnin adalah hari brainstorming, meeting dan training di 2 lokasi. Cheras dan Shah Alam. Kita saling bantu agen-agen baru untuk meledakkan sales ke satu tahap yang mereka nak.

Kalau tak nak tu yang tak mendapat. Perjalanan bisnes ini adalah mengikut tahap keinginan dan impian anda. Tidak ada paksaan.

Perbezaan antara 2 Umar.

1. Umar Al Khattab
2. Umar (Abu Jahal)

Kedua-dua mereka terkesan dengan bacaan Al Quran. Abu Jahal malam2 curi2 dengar bacaan Al Quran Nabi saw.

Umar masa dalam perjalanan nak bunuh Nabi juga terdengar bacaan Al Quran.

Apa yg membezakan mereka.

Abu Jahal memang rasa sedap bila dengar bacaan Al Quran Nabi. Tapi tidak ada KEINGINAN.

Sementara Umar Al Khattab r.a dengar dan ada keinginan nak lihat apa yg dibaca tu.

Makanya Allah beri hidayah kpd Umar Al Khattab tapi tak beri hidayah kepada Umar (Abu Jahal)

Dalam bisnes pun camtu jugak. Kt nampak bisnes tu best. Bisnes ni best. Tapi kalau setakat tu je. Tak de keinginan yg meluap2. Maka ianya akan cepat terkubur.

Jadilah mcm Umar Al Khattab. Sanggup untuk mandi bila disuruh adik perempuannya untuk mandi dulu. Baru boleh pegang mushaf tu.

Adakah anda sanggup korbankan masa utk dtg training bisnes anda sendiri.

Adakah anda sanggup latih tubi sampai jadi fluent. Jadi darah daging.

Skrip semua lebih kurang sama. Produk pun lbh kurang sama. Yang tak sama:

Desire
Decision
Determination
3D

The BIG FISH in a small pond for unit trust consultant. Apakah?

Ini adalah konsep utk dapatkan pasaran.

Kita pergi ke suatu tempat atau niche. Dan kemudian kita pergi fokus kat situ je sampai orang kenal kita. Tu yang jadi BIG FISH.

Small pond pulak. Ialah niche market. Atau the same locality. Anda fokus situ saja. Tak perlu ke utara kemudian ke selatan. Kemudian ke timur dan ke barat.

Ada pros and cons. Bergantung kepada style anda.

Permulaan bisnes bagus jadi macam ni.

Jimat minyak
Jimat parking
Jimat masa
Semua jimat

3 TIP KHAS UNTUK ORANG YANG BARU NAK BERNIAGA UNIT TRUST

3 TIP KHAS UNTUK ORANG YANG BARU NAK BERNIAGA UNIT TRUST

1. Time yang fleksibel bukan untuk anda. Anda perlu disiplin
.
Kalau anda rasa nak buka ikut suka anda. Dan nak tutup ikut suka anda. Jawapannya. Tahun depan anda
dah buat bisnes lain
.
2. Money freedom pun bukan untuk anda. Anda kena budget betul2.
.
3. Ikut cakap mentor. Mentor suruh gali lubang sedalam 100 meter. Dan anda akan jumpa air.
InsyaAllah.
.
Anda tak sabar. Anda gali 10 meter dalam. Pastu tukar lubang lain. Sampai 10 lubang. Kerjanya sama
berat. 100 meter jugak gali.
.
Hasilnya tak sama. Anda tak jumpa air tu.
.
Jangan terkesan dengan bisnes yang macam-macam.
.
Usahakan 1 dulu sampai jumpa air. Pastu kalau nak diversify. It is up to you. U know ur strength.
.
TAPI
Ingat kisah Steve Job masa mula2 ambil alih balik Apple. Dia buang semua non-core business
Ingat kisah Tony Fernandes. Focus on airline till succeed. Then he assigned new CEO. After that he
moves on.

Sir Ken Robinson kata
Jika anda tidak bersedia melakukan KESILAPAN
Anda takkan cipta sesuatu yang ORIGINAL. ASLI

P/s Saya teringat 3 bulan yang pertama dalam bisnes. Setiap hari 9 to 5. Without fail.
Saya ke market place. Cari klien. Angkat meja. Angkat kerusi. Muka tebal. Buka booth. Call sana. Call sini.
Skrip presentation caca marba. Jalan je.
Rejection biasa la.

Apakah perkara paling BURUK akan berlaku, kalau kena reject.
Luka ke? Berdarah ke? Mati ke?

Kena gali lubang sampai 100 meter.
Alhamdulillah dapat 90 klien lebih kurang dalam masa 3 bulan. Semuanya dari Allah.

Dan satu lagi kena ingat. Kita kena betulkan yakin kita. Kita usaha sungguh-sungguh. Tapi yang bagi
rezeki pada kita ialah Allah. Supaya kt tak bongkak, takabbur. Tengok – cara inilah berjaya

Seperti doa yg kita baca bila keluar rumah:

Bismillahi tawakkal tu ‘alAllah
La hau la wa la quwwatailla billa..
.
Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada-Nya, dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan
pertolongan-Nya

Semuanya dengan pertolongan Allah.

Ustaz kata jangan kata macam ni
“Kita yakin dengan Allah tapi kita kena usaha” – bahaya kata2 macam ni sebab kita menafikan Allah.

Sebaliknya kita kena kata
“Kita usaha sungguh2 Tapi yang bagi rezeki ialah Allah”

Kata2 macam ni menafikan makhluk. MengISBATkan Allah.
Wallahua’lam

Nak Jadi Unit Trust Consultant?

To those yg teragak2 nak buat full time ke part time!!!

Agreed that the decision is BIG. Very2 BIGGGGGG

In many of my personal coaching. Yes, I mention about the basic skills required to succeed and the positive mental attitude that u must have.

Plus the Money Making Activities that we must do daily during weekdays.

 

Ada satu lagi that I strongly believe.

We must hv the connection, the rapport, the longing with the ONE who create us. The ONE who give us rezeki.

This thing very seldom people talk about because people think other people knew it.

In 2005. A drastic DECISION that no one force me. I love my job. Meeting overseas and big hotels. Entertain like king. At the airport no need to queue. Special lane. Terus masuk kereta with driver. (Itu kat negara ke 3 la ha ha ha. Kalau kat US or Australia beratur jugak)

Then what make me decided to quit, to take vss?

 

  1. With business. You are the MASTER of your own TIME. It means flexible.

U can enjoy morning tranquility. Finish ur amal, quran, zikir, dhuha without rushing to the ofis.

U can join NGO or Persatuan or Surau/Masjid to give benefits to society. Visit neighbour/sedara mara yg sakit etc at ur own peace time.

U can take long continuos leave such as 40 days every year. 3 days every month. 2.5 hours every day.

 

  1. Ur PRODUCTIVITY (INCOME) is directly related to ur EFFORT.

Unlike in corporate, there are many other factors that u boss has to consider to pay u more, that include politics, social, allocation of budget, department level of importance to the eyes of CEO etc.

U can PLAN ur income. If u want ur income higher, then see more people.

If u want to enjoy holiday, see more people in a week. Then have a rest 3 weeks.

If it is because money alone, it is quite tough for me to make the DECISION.

It is the FLEXIBILITY of TIME that has PUSHED me. PUSHED me until people say I am crazy. My mom cry. One of my brother get angry. Ramai lagi.

I need to contribute to my Deen. I need to transform from malas2 nak amalkan amalan agama to rajin2 sikit. From malu2 nak ada janggut. Mcm2 lagi..

Bila lagi I can take a very long leave 4 months.

To spend not building the business. But to spend in the path of Allah.

To not only learn. But practice daily.

Every 5 fardhu solah with takbiratul ula. For 4 months.

 

This is my BIG WHYYY

And I know every one of us in Caliph & NZM.

U have ur own BIG WHY.

U must find it

U must siram baja to it.

Always visualise. Don’t keep ur WHY only in ur dream.

 

Take ACTIONNNN!

Come back to the other factor besides basic skills. PMA – positive mental attitiude. MMA – money making activities.

The rapport towards Allah.

Saya risau bila dah berhenti TM. Apa nak buat.

So during my first 40 days in 2005. I remember in New Delhi. Markaz Nizamudin. While people take a nap after breakfast. I go to the bookshop nearby. Searching and researching about the topic of REZEKI. There are plenty of amal that can help us.

But today, I only want to share with u the amal that I believe will be very beneficial for all Caliph & NZM.

 

 

The story behind it:

A man came to Rasulullah saw and said

O Rasulullah. Dunia has gone from me

Then Rasul said. Have u know about the zikir of malaikat. With that Allah give REZEKI to them

The man said. Tell me ya Rasulullah.

Rasul said. Recite

Subhanallahi wa bihamdih

Subhanallahil ‘azimi wa buhamdih

Astaghfirullah

100 times at the sun rise.

(Ulama says in between azan and iqamah Subuh). In Malaysia, tak sempat. So do it in between lps solat subuh till syuruk.

After some time. The man came back and see Rasulullah and said.

Dulu dunia telah lari dari aku. Sekarang dunia telah dtg kepada aku sehingga tidak cukup lagi bekas utk aku simpan.

So. My caliph and NZM team. Amalkan ini.

InsyaAllah dunia akan datang sehingga tak cukup satu bank nak tampung duit anda.

Takkan Gentar

Unit trust – hidup saya.

Rejection buat saya lebih matang

Pertama kali jadi Group Agency Manager (GAM). Tahun yang pertama. Saya no 40. Saya kalah nak dapatkan Top 25. Tapi x kalah semangat

Bila lawan 2 kali lebih besar. Usaha mesti 2 kali lebih kuat.

Tahun ke 2 jadi GAM. Alhamdulillah berjaya. Dapat dlm list Top 25.

Czech Republic menanti saya

Biar badan kecil. Jiwa mesti besar.

Tiada cabaran x boleh di atasi

Demi Caliph saya takkan gentar

– Pernah dengar tak kata2 siapa ini yg telah diubah kepada industri unit trust.

9/10 PINTU REZEKI

9/10 PINTU REZEKI
unit trust consultant how to become

👉 Orang cakap bisnes susah , sy TETAP buat .
👉 Orang cakap bisnes ni tak tahan lama , saya TETAP buat BUAT
👉Orang cakap bisnes ni tipu , saya TETAP buat sebab sy yakin .
👉 Orang cakap bisnes orang lain lagi bagus , sy cakap “semua bisnes bagus”. tapi tak guna kalau diri sendiri takde qualiti , buat bisnes ape pun tak kan berjaya .
👉 Orang cakap sy macam² , sy biarkan . Lagi kuat orang mengata sy , lagi kuat semangat sy nak berjaya .

➡ Sebab orang TETAP akan MENGATA ❗
➡ Bila kita miskin orang MENGATA ❗
➡ Bila kita susah orang MENGATA ❗
➡ Bila kita kaya , orang tetap MENGATA ❗

✔ PEDULIKAN APE ORG NAK KATA ❗
➡ Sebab yg nak berjaya adalah diri kita
➡ Pedulikan ape orang nak kata . sebab ketika kita susah , tiada siapa yg boleh bantu kita melainkan diri sendiri 😊

AGAMA DAN PERNIAGAAN

AGAMA DAN PERNIAGAAN
perunding unit amanah perunding kewangan public mutual consultant ebook

BAS & KASH (AGAMA & PERNIAGAAN)

Hari ni saya sampai paling awal. Pekena roti banjir belakang ofis Cheras.

Ada org share cerita lama saya 1 tahun lepas. Mungkin bagus utk ulangan…

Nak kongsi cerita pasal BAS & KASH yang mungkin ramai dah tahu. Tapi lebih ramai lagi belum tahu.

Pengamatan ILMU tentang solah subuh berjemaah dan REALITI peratusan yang datang ke masjid atau surau untuk solat subuh.

Jumlah rumah taman tempat saya tinggal ada lebih kurang 400 buah. Dengan hanya mengandaikan 1 rumah ada 1 sahaja lelaki akil baligh, yang sepatutnya bersolah subuh berjemaah di masjid atau surau. Maka bilangannya jadi 400 lelaki akil baligh.

Kadar penembusan surau. Selalunya 3 atau 4 saf untuk solat subuh. Lebih kurang 60 orang. 60/400 = 15%.

Boleh dikira agak banyak jugak nisbah penduduk yang solat subuh kat sini berbanding surau-surau lain. Jangan marah ye. Bukan nak berlagak. Tapi pakcik-pakcik kat sini saya tengok memang rajin datang solat berjemaah. Rata-rata surau lain yang saya pernah pergi dalam lingkungan 5% hingga 10% sahaja yang datang.

Walaupun begitu. Jangan terlalu gembira. Apakah maksud statistik ini. Jika anak-anak kita dapat markah 10% atau 15% kita akan marah mereka atau bagi nasihat dengan baik. Kita akan ambil tindakan. Jumpa cikgu mereka. Hantar anak ke pusat tuisyen dan sebagainya.

Apakah tindakan kita bila orang yang datang surau hanya sekitar 15% atau 10%? Jika markah lulus walau hanya 40%. Kita telah GAGAL.

10% kadar purata kedatangan solat subuh di surau. Kenapa kita tak buat apa-apa? Sebab kita rasa itu bukan tanggungjawab kita. Itu tanggungjawab AJK surau. Selagi kita tak rasa itu tanggungjawab kita, selagi itu ianya takkan berubah.

90% lagi yang tak datang tu, bukan tiada ilmu bahawa solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih baik. Bukan tidak tahu cara solat subuh 2 rakaat. Bukan tidak tahu setiap langkah Allah ampunkan 1 dosa, Allah bagi 1 pahala dan Allah naikkan darjat dalam syurga. Majoriti orang tahu ilmu ini.

TAPI kenapa yang hadir hanya 10%? 90% lagi bergembira dengan solat di rumah atau tidak solat langsung atau mungkin sebahagiannya yang solat di dalam perjalanan ke destinasi kerja atau ada yang uzur.

Ustaz bagitau, ini bukan kerana kurangnya ILMU. Tapi kerana kurangnya IMAN. Apa itu iman. Iman itu YAKIN. Keyakinan pada janji2 Allah dan Rasul.

Iman saya dan tuan puan tidak sekuat sahabat-sahabat Nabi saw. Di zaman Nabi saw 100% lelaki akil baligh solat berjemaah. Hatta orang2 munafik pun solat di belakang Nabi kecuali waktu solat subuh dan isya’. Apa telah terjadi pada kita? 10%!!!

Untuk itu bukan sahaja ILMU perlu diusahakan, bahkan perlu diAMALkan. YAKIN perlu ditingkatkan. Apabila YAKIN kuat baru amalan agama jadi mudah dan manis. Untuk tambahkan YAKIN, maka hendaklah kita SAMPAIKAN. Itulah konsep BAS (Belajar-Amal-Sampai)

Jika hari ini kita solat, tapi tak rasa manis, maka yakinlah bahawa iman kita masih lemah

Jika hari ini kita baca Quran, tapi tak rasa sedap, yakinlah bahawa iman kita masih lemah

Jika hari ini kita bertasbih, tapi nak cepat2 sebab nak baca wasap, fb dan sebagainya, yakinlah iman kita masih lemah dan perlu diusahakan

===================================================

Apa pula hubung kait dengan perniagaan?

BAS & KASH

Kalau anda google KASH anda akan dapat tahu maksudnya. Ia adalah formula sukses untuk perniagaan.

Hari ini banyak sekali syarikat2, korporat2, GLC dan peniaga SME, internet marketer, agen unit amanah, agen takaful, agen hartanah dan yang bekerja sendiri telah habiskan RIBU-RIBU bahkan JUTA-JUTA untuk ilmu (KNOWLEDGE).

Masa juga telah banyak dikorbankan untuk KNOWLEDGE.

Tetapi hasilnya tak setimpal dengan usaha, tenaga, masa dan wang ringgit yang dihabiskan.

Sepertimana bab solat subuh tadi. Begitu juga bab perniagaan. KNOWLEDGE sahaja tak cukup. Kena praktiskan jadi kemahiran (SKILLS). Kedua-dua inipun tak cukup. Perlu ATTITUDE yang baik dan jelmakan KNOWLEDGE tadi kepada HABITS

KNOWLEDGE – bagaimana kita nak buat sesuatu perkara dan apa kelebihannya

SKILLS – Bagaimana mahirnya kita membuat sesuatu perkara

ATTITUDE – Sikap positif atau negatif kita bila melakukan sesuatu perkara

HABITS – tabiat terbiasa yang kita buat sehingga menjadi seperti otomatis tanpa sebarang usaha

Bagaimana kita hendak transform kan KNOWLEDGE kepada SKILLS dengan ATTITUDE dan kepada HABITS. Inilah tugas-tugas ketua kepada organisasi, syarikat atau agensi.

Dan sebagai individu, anda juga perlu memerhatikan 4 unsur ini. Beri perhatian dan bina setiap unsur ini. Anda perlu rasa ini tanggungjawab anda untuk baiki diri. Selagi anda tidak mengambil tanggungjawab ini, selagi itu ianya tidak akan berubah

Pengalaman saya dalam perniagaan agensi selama 11 tahun telah mengajar saya, bukan hanya K dan S sebagai resepi untuk berjaya. Yang lebih penting adalah A & H.

Ada orang yang mempunyai latarbelakang kewangan, cuba buat perniagaan perancangan kewangan, tapi tak dapat pergi jauh. Ada pula latarbelakang dari industri yang jauh berbeza, bila buat perniagaan perancangan kewangan, mereka ini lebih berjaya.

Lihat sahaja TS Tony Fernandes. Tiada latarbelakang penerbangan. Mampu membina jenama yang kuat sekarang.

Siapa buat dia yang dapat. Man Jadda Wa Jadda.

Nampak tak ada kesamaan di antara amalan agama dan perniagaan.

Anda mungkin dah belajar di Universiti Al-Azhar atau di Madinah sekalipun dalam bahagian agama. Tapi jika anda tak dapat datang solat subuh berjemaah dengan alasan untuk mengajar isteri solat di rumah. Berbanding pakcik2 yang belajar di Amerika, England dan bukan bab agama pun. Tapi mereka datang. Perlahan-lahan mereka datang.

Anda mungkin boleh bagi ceramah setiap malam di masjid. Tapi jika anda tak dapat datang solah subuh berjemaah. (contoh extreme – tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang hidup atau mati). Berbanding pelajar anda yang datang solat berjemaah. Berbanding mat motor hingusan datang solat berjemaah.

Anda mungkin professor bahagian perniagaan. Tapi anda tidak pernah menceburkan diri dalam perniagaan.

Man Jadda wa Jadda

Oleh itu, gunakan KNOWLEDGE yang telah dipelajari. Jelmakan menjadi HABITs.

Repetition is the Mother of Perfection.

Anda mungkin dah banyak buat usaha untuk perniagaan anda, tapi masih belum berjaya. Teruskan. Teruskan. Teruskan

Orang yang berjaya adalah adalah orang yang telah gagal banyak kali lebih dari yang pernah dicuba oleh orang yang biasa-biasa yang mudah putus asa.

Luahan Hati

Arif Ismail

Bagaimana Nak Jadi Agen Unit Amanah dan Di Mana?

Bagaimana Nak Jadi Agen Unit Amanah dan Di Mana?
perunding unit amanah perunding kewangan public mutual consultant ebook how to become a unit trust consultant bagaimana menjadi unit trust consultant agen unit amanah

Untuk anda yang berada di Lembah Klang. Anda boleh memasuki mana-mana latihan dan seminar yang diadakan seperti di gambarajah

PM Arif 013-3640043 untuk hadir supaya kami tahu anda orang yang baru nak mencuba dalam industri unit amanah.

Apa Itu Unit Trust @ Unit Amanah?

Ada geng fb tanya. 

.

.

Apa tu Unit Trust?

.

.

Sambil breakfast saya tulis ini. Kongsikan pada geng2 yang belum faham pasal unit trust atau unit amanah ini.
Pelaburan UT?
Secara umum ada 3 objektif
1. Bina dana persaraan (guna EPF atau CASH)

2. Bina dana pendidikan

3. Bina dana haji
+++++++++++++++++++++
DANA PERSARAAN.
Objektif:
Supaya kt tak perlu terus kerja selepas umur 55 atau umur persaraan yg dipilih. 
Manfaat:

Ada income bulanan utk hidup tanpa kerja sehingga kt tinggalkn dunia ini
Bagaimana nak bina?

Buat simpanan bulanan.
Cth:

RM710 sebulan selama 30thn

Dapat kumpul RM1juta pada 55thn.
Jumlah simpanan hanya RM255,600 tapi pulangan jadi RM1juta
Kemudian RM1juta dapat hasilkan wang pencen RM7,000 sebulan.
Nampak mcm RM7k banyak. Tapi 30 thn akan dtg sikit sebenarnya. Dan memang sebanyak itu kita perlu ada.
++++++++++++++++++++++++++++++++++
DANA PENDIDIKAN
Objektif:
Kumpulkan wang untuk pendidikan anak2 kita.
Manfaat:
Tak perlu risau masa anak dah capai umur 18 tahun. Boleh guna duit yg dikumpul. Mungkin RM100k atau RM 60k ikut keperluan
Bagaimana nak bina?
Simpan RM177 sebulan utk 15 tahun dapat jana RM60k

.

.

.

.

+++++++++++++++++
DANA HAJI
Objektif:
Pergi haji dgn pakej spy dpt cepat sikit. Syarat dah daftar haji di TH.

Sasaran RM30,000
Manfaat:
InsyaAllah boleh awalkan sikit tempoh menunggu.
Bagaimana nak bina:
Simpan RM166 sebulan selama 10 tahun. Dapat jana RM30,000

.

.

.

.

++++++++++++++++++++++++++++++++++
Secara keseluruhannya. 
Proses penyimpanan dalam unit trust ini mendisiplinkan kita untuk menabung dan membantu mencapai matlamat kewangan seperti persaraan, pendidikan dan haji.
Ia juga dapat melawan kadar inflasi  yang menyebabkan nilai wang turun
Arif Ismail

013-3640043

Perancang Unit Amanah 

As Seen on TV

www.myunittrust.com

TIPS NAK MAJUKAN BUSINESS KITA

Cerita pagi tadi. 

Sambil makan-makan minum-minum , kami tambah lagi ilmu dari Atuk kami  GAM Arif Ismail tips nak majukan business. Sangatlah pentingnyaaaa. lebih lagi untuk usahawan-usahawan baru.
Apakah?

.

1. Buat big  target apa kita nak capai. Mesti ada tarikhnya. Lagi best, buat siap-siap invitation card untuk jemputan kenduri kesyukuran bila capai target nnt.

.

.

2. Pecah-pecahkan kpd small targets and things to do cam ne nak capai big target kita.

.

.

3. Kena buat BOP atau product preview. Kalau harapkan existing client/customer je. camne business nak berkembang , camne nak luaskan rangkaian. On line dan offline.

.

.

4. Cukupkan  FB frens 5000. Lepas tu boleh kumpul followers. Pastu buat Page. Invite invite dan invite. Ni semua kita punya market potential.

.

.

5. Belajar guna FBAds. Attend bengkel Digital Online Marketing. Ada  yang berbayar macam seminar SifuFBads yang popular tu. Kalau pandai cari ada je yang free. Tak rugi invest masa dan duit untuk untung forever.

.

.

6. Belajar buat good copy writing. Tengok contoh-contoh posting orang yg beribu riban followersnya. Build our own branding.

.

7. Belajar buat poster sendiri. Senang jer. Banyak application dalam google play tu. Antaranya Poster Maker dan Canva.

.

.

8. Yang utama skali, kena ada strong support system dan cycle yg owesome. Good Teamwork , good mentor, good partnership, buddy, downlines , stokis etc. Bila time energy kita ke laut.. mereka lah superman superwoman kita.
Sekian
Zizin Othman

Cheras
#tipsbusiness

Nasihat Bisnes Terbaik Saya Terima Selepas Jiwa Kacau Akibat VSS

Sepatutnya ada Sesi Teh Tarik malam ni. 
.
Tapi saya gantikan dengan bahan bacaan yang bagus untuk orang2 yang teragak-agak nak amik VSS atau berhenti kerja dan mulakan bisnes.
.
Klik link di bawah ini untuk mengetahui kisah benar memulakan perniagaan. Bukan manis atau madu sahaja…
.
Diambil dari The Vocket:
.
1. http://www.thevocket.com/nasihat-bisnes-vss/

2. http://www.thevocket.com/jualan-rm808-ribu-sebulan/

3. http://www.thevocket.com/tip-baru-berniaga/

The Vocket page view sama banyak dengan Malay Mail. Padahal The Vocket masih baru.

5 Important Factors to Consider Before you Join any MLM, Unit Trust or Takaful Companies

5 Important Factors to Consider Before you Join any MLM, Unit Trust or Takaful Companies
unit trust consultants perunding unit amanah perunding kewangan public mutual consultant

I just read an ebook by one of the MLM gurus, Bo and Ty. I can summarise here 5 important points for you to consider before you join any MLM, Unit Trust or Takaful companies:

The Product must be unique, effective and has a strong brand
The Company Leadership must have success track record of developing agents business
Your Upline Leadership How they will teach you. Do they combined the offline and online techniques. How they leverage the power of the internet?
Compensation is the compensation plan fair for new agents as well as seasoned professionals
Timing is it the best time, good time or bad time to get started with the company
p.s. I am looking for books or ebooks that will help us, the unit trust consultants on how to build our business but unfortunately none in the market (Malaysia as well as globally) that has direct book title such as How To Build A Multi-Million RM Unit Trust Agency in 3 Years. Thus, the best thing to do is to search for MLM books and insurance books. Please let me know if you come across any books out there that has direct title on building unit trust business from scratch.

Arif and his team are conducting a FREE Tues evening seminar on how they can help you shift from Employees Mentality to Business Owner Mindset. FREE yourself from 9-5 job and listen to the huge opportunity to grow as an entrepreneur. Register at www.myUnitTrust.com/seminar. Remember that, we limit to 10 participants only per session. First come first serve basis.

p/s this article was written on 5 Oct 2008

KISAH BENAR PENERBIT TV KEPADA USAHAWAN

KISAH BENAR PENERBIT TV KEPADA USAHAWAN
unit trust consultant perunding unit amanah agen unit amanah public mutual

Saya personally kenal dia ni sejak 2008.

Dia berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah kehidupan.

Dia mengerjakan umrah dan berdoa di depan Kaabah “Ya Allah, tunjukkanlah aku satu perniagaan yang terbaik untuk diri ini. Hanya kepada Mu aku berserah…”

Saya dapat perhatikan perubahan. Evolusi dan revolusi semangat, ketahanan, perjuangan hingga beliau berjaya menjadi usahawan yang disegani dalam industri.

Dari seorang yang tiada ilmu tentang pemasaran, jualaan dan kewangan. Melonjak kepada orang yang boleh memimpin satu agensi yang besar. Membuka peluang kerjaya dan bisnes kepada mereka yang hanya berbekalkan IMPIAN.

Saya amat-amat menggalakkan dan menyokong anda yang ada IMPIAN ini untuk datang Seminar TIP MULAKAN PERNIAGAAN UNIT AMANAH malam ini di Shah Alam.