Biodata
perunding unit amanah perunding kewangan public mutual consultant

Nama saya Arif Ismail al-Caliph. Berkelulusan B.Eng. Electrical (UTM) dan MSc Telecomm and IT System (Essex, UK). Walaupun saya berkelulusan tinggi dan telah bekerja sebagai pengurus dengan syarikat korporat yang besar, namun hati saya bergelora, bergejolak dan teruja supaya bagaimana saya dapat menguruskan masa dan kewangan saya sendiri dengan lebih baik tanpa terikat dengan sistem yang telah ditentukan oleh majikan.

Anda mungkin telah memahami bahawa semakin lama anda bekerja, semakin besar gaji anda, dan seharusnya semakin besar tanggungjawab anda. Tetapi usia anda semakin lanjut. Anda juga perlu berhati-hati bahawa semakin besar pangkat yang anda jawat, sebenarnya semakin kuranglah masa lapang anda untuk keluarga, beribadat khusus dan sebagainya.

Bahkan semakin besar gaji anda, semakin kuat terasa tekanan dari atas. Seolah-olah pihak majikan mahu menggantikan anda dengan orang yang lebih muda yang boleh dibayar gaji yang lebih murah. Bayangkan ketika umur anda menjangkau 40 tahun, tiba-tiba syarikat anda menamatkan perkhidmatan setia anda kerana syarikat terpaksa downsizing. Kemana anda mahu pergi? Mencari kerja lagi!!! Siapa yang sanggup membayar gaji anda yang sudah tinggi tu…

Oleh itu saya tercari-cari idea bagaimana supaya apabila umur sudah melebihi 40 tahun, saya dapat bekerja dengan tenang tanpa risaukan downsizing, boss marah dan sebagainya. Alhamdulillah, nak dijadikan cerita pada Nov 2005 saya telah diperkenalkan oleh seorang rakan bernama Zamri untuk menceburi bidang perniagaan unit trust ini.

Arif Ismail Public Mutual Pada mulanya saya tidak yakin untuk membuat perniagaan ini kerana mendengarkan jualan yang dirasakan sangat tinggi (ketika itu) perlu dibuat untuk menyamai balik gaji yang telah saya terima dengan syarikat korporat dulu. Tetapi, Alhamdulillah setelah 3 bulan menceburi bidang unit trust ini, saya telah dapat balik apa yang saya perolehi dulu. Ikut sahaja jalan yang ditunjukkan oleh orang yang telah berjaya.
Kini telah lebih 10 tahun saya menjalankan perniagaan unit trust ini dan saya merasakan satu kerugian jika pengalaman ini tidak dapat dikongsi bersama rakan-rakan beragama Islam di seluruh Malaysia. Agensi Caliph ini telah berkembang dari 1 orang kepada lebih dari 200 orang dalam masa yang sangat singkat.

seminar unit trust consultant
Kami yakin anda dapat melakukannya dengan lebih baik lagi terutamanya anda yang berpengalaman dalam bidang insurans/takaful dan MLM.

Orang yang tiada pengalaman perniagaan seperti saya, dengan bantuan dan kesungguhan serta keizinan dari Allah, pun dapat melakukannya. Saya pun seperti anda suatu ketika dulu. Apa yang ada hanyalah IMPIAN untuk bebas masa dan bebas wang.

Visi kami adalah bagaimana Agensi Caliph ini dapat berkembang dengan membangunkan 50 Pengurus Agensi baru dalam masa setiap 2 tahun sebagaimana pengalaman saya sendiri yang Alhamdulillah telah berjaya menjadi Pengurus Agensi dalam masa 1 tahun 9 bulan hasil bimbingan leaders dan kawan-kawan yang memahami dan berkebolehan.

Untuk merealisasikan visi tersebut kami mengadakan latihan intensif setiap hari Selasa jam 8:00 malam hingga 10:00 malam di Kuala Lumpur dan Shah Alam untuk membolehkan konsultan part-time (pada permulaannya) menghadirinya.

Konsultan separuh masa yang tidak dapat hadir sesi latihan akan dapat menerima nota perbincangan melalui emel dan melalui laman blog www.myUnitTRUST.com dengan kata laluan khas (special login password). Blog myUnitTRUST.com ini juga digunakan sebagai sumber rujukan untuk melihat Jadual Latihan, Aktiviti Jualan, Nota Kursus dalam bentuk pdf, Kaedah Menjalankan Perniaagaan dan sebagainya.

Kami menganjurkan aktiviti jualan dan recruitment bulanan untuk membantu anda mengembangkan perniagaan anda dan membina empayar anda sendiri. Rahsia untuk berjaya membina perniagaan adalah sebenarnya bergantung kepada seberapa cepat anda dapat membina empayar anda. Dengan membina empayar, anda akan dapat membentuk pendapatan pasif sepertimana yang anda dapat lihat dalam sistem franchise seperti KFC, McDonald dan sebagainya.

Oleh itu konsultan-konsultan baru akan disalurkan kepada anda yang aktif supaya empayar anda dibina sejak awal lagi dan dapat menjadi Pengurus Agensi dengan lebih cepat.