January 19, 2017

Pelabur

Apa tu Unit Trust?

Sambil breakfast saya tulis ini. Kongsikan pada geng2 yang belum faham pasal unit trust atau unit amanah ini.

Pelaburan Unit Trust

Secara umum ada 3 objektif

1. Bina dana persaraan (guna EPF atau CASH)
2. Bina dana pendidikan
3. Bina dana haji

+++++++++++++++++++++

DANA PERSARAAN.

Objektif:

Supaya kita tak perlu terus kerja selepas umur 55 atau umur persaraan yg dipilih.

Manfaat:
Ada income bulanan untuk hidup tanpa kerja sehingga kita tinggalkn dunia ini

Bagaimana nak bina?
Buat simpanan bulanan.

Cth:
RM710 sebulan selama 30thn
Dapat kumpul RM1juta pada 55thn.

Jumlah simpanan hanya RM255,600 tapi pulangan jadi RM1juta

Kemudian RM1juta dapat hasilkan wang pencen RM7,000 sebulan.

Nampak mcm RM7k banyak. Tapi 30 thn akan dtg sikit sebenarnya. Dan memang sebanyak otu kt perlu ada.

+++++++++++++++++

DANA PENDIDIKAN

Objektif:

Kumpulkan wang untuk pendidikan anak2 kita.

Manfaat:

Tak perlu risau masa anak dah capai umur 18 tahun. Boleh guna duit yg dikumpul. Mungkin RM100k atau RM 60k ikut keperluan

Bagaimana nak bina?

Simpan RM177 sebulan utk 15 tahun dapat jana RM60k

+++++++++++++++++

DANA HAJI

Objektif:

Pergi haji dgn pakej spy dpt cepat sikit. Syarat dah daftar haji di TH.
Sasaran RM30,000

Manfaat:

InsyaAllah boleh awalkan sikit tempoh menunggu.

Bagaimana nak bina:

Simpan RM166 sebulan selama 10 tahun. Dapat jana RM30,000

++++++++++++++++++++++++

Secara keseluruhannya.
Proses penyimpanan dalam unit trust ini mendisiplinkan kita untuk menabung dan membantu mencapai matlamat kewangan seperti persaraan, pendidikan dan haji.

Ia juga dapat melawan kadar inflasi yang menyebabkan nilai wang turun

Arif Ismail
013-3640043
Perancang Unit Amanah
As Seen on TV