7 Steps to Become a Unit Trust Consultant

infografik panduan menjadi agen unit amanah

infografik panduan menjadi agen unit amanah

7 Langkah Menjadi Agen Unit Amanah

Kelayakan Akademik:

Anda hanya perlu mempunyai sekurang-kurangnya SPM dengan mendapat kepujian (kredit) di dalam sekurang-kurangnya 3 mata pelajaran. Kalau anda mempunyai Diploma atau Ijazah, maka ianya lebih baik, kerana anda tidak perlu risau untuk mendapat kepujian dalam 3 matapelajaran dalam SPM tersebut.

7 langkah yang sangat mudah:

1. Daftar peperiksaan unit amanah yang dinamakan CUTE (Computerised Unit Trust Examination). Perkara yang diperlukan ialah

a. 3 Salinan KP
b. Salinan SPM/Diploma/Ijazah
c. Nombor akaun bank untuk komisen anda. Sebaiknya Public Bank supaya transaksi inter-bank yang lebih cepat
d. 4 keping gambar berwarna berukuran passpot

2. Sediakan duit yuran peperiksaan dan pendaftaran sebanyak RM265 sahaja. 60 soalan objektif untuk tempoh 2 jam. Markah lulus adalah 75%. Jawab menggunakan komputer. Senang saja tu. Kami ada contoh soalan-soalan untuk anda buat latih-tubi. 3 kali buat ulangan contoh soalan, insyaAllah boleh lulus.

3. Kami akan bantu anda untuk daftar kursus dan tutorial persediaan untuk peperiksaan. 2 kursus ini adalah PERCUMA. Ambil tindakan sekarang sebelum syarikat mengenakan bayaran.

4. Hadir peperiksaan 30 minit lebih awal dan bawa KP anda. Kebiasaannya anda harus menunggu 1 bulan hingga 1.5 bulan untuk menempah tarikh peperiksaan selepas anda mendaftar. Oleh itu ambil tindakan segera. FAST ACTION FAST RESULTS

5. Keputusan akan keluar on the spot sejurus anda tamat peperiksaan. Anda akan dapat lesen unit amanah dalam masa seminggu dari tarikh peperiksaan jika anda lulus. Jika gagal, maka anda boleh re-sit. Hampir 100% yang mendaftar dengan agensi ini lulus dalam peperiksaan kali pertama.

6. Hadir Latihan Asas Jump Start Caliph, kaedah membina bisnes anda.

7. Anda boleh mulakan bisnes dengan didikan dan panduan mentor anda untuk 3 bulan pertama. Tentukan sasaran pendapatan yang anda inginkan. Mulakan tindakan yang harus diambil. KAMU MAHU KAMU BISA

Nota:
Bagaimana untuk anda dapatkan kembali modal RM265? Hanyalah dengan membuat jualan sebanyak RM13,250 – maka modal anda telah diperolehi. Jualan selepas itu adalah keuntungan semata-mata. Soalannya? Senang ke nak dapat jualan sebanyak RM13,250 tu. Senang je.