KEINGINAN lebih penting…

Isnin adalah hari brainstorming, meeting dan training di 2 lokasi. Cheras dan Shah Alam. Kita saling bantu agen-agen baru untuk meledakkan sales ke satu tahap yang mereka nak.

Kalau tak nak tu yang tak mendapat. Perjalanan bisnes ini adalah mengikut tahap keinginan dan impian anda. Tidak ada paksaan.

Perbezaan antara 2 Umar.

1. Umar Al Khattab
2. Umar (Abu Jahal)

Kedua-dua mereka terkesan dengan bacaan Al Quran. Abu Jahal malam2 curi2 dengar bacaan Al Quran Nabi saw.

Umar masa dalam perjalanan nak bunuh Nabi juga terdengar bacaan Al Quran.

Apa yg membezakan mereka.

Abu Jahal memang rasa sedap bila dengar bacaan Al Quran Nabi. Tapi tidak ada KEINGINAN.

Sementara Umar Al Khattab r.a dengar dan ada keinginan nak lihat apa yg dibaca tu.

Makanya Allah beri hidayah kpd Umar Al Khattab tapi tak beri hidayah kepada Umar (Abu Jahal)

Dalam bisnes pun camtu jugak. Kt nampak bisnes tu best. Bisnes ni best. Tapi kalau setakat tu je. Tak de keinginan yg meluap2. Maka ianya akan cepat terkubur.

Jadilah mcm Umar Al Khattab. Sanggup untuk mandi bila disuruh adik perempuannya untuk mandi dulu. Baru boleh pegang mushaf tu.

Adakah anda sanggup korbankan masa utk dtg training bisnes anda sendiri.

Adakah anda sanggup latih tubi sampai jadi fluent. Jadi darah daging.

Skrip semua lebih kurang sama. Produk pun lbh kurang sama. Yang tak sama:

Desire
Decision
Determination
3D