AGAMA DAN PERNIAGAAN

BAS & KASH (AGAMA & PERNIAGAAN)

Hari ni saya sampai paling awal. Pekena roti banjir belakang ofis Cheras.

Ada org share cerita lama saya 1 tahun lepas. Mungkin bagus utk ulangan…

Nak kongsi cerita pasal BAS & KASH yang mungkin ramai dah tahu. Tapi lebih ramai lagi belum tahu.

Pengamatan ILMU tentang solah subuh berjemaah dan REALITI peratusan yang datang ke masjid atau surau untuk solat subuh.

Jumlah rumah taman tempat saya tinggal ada lebih kurang 400 buah. Dengan hanya mengandaikan 1 rumah ada 1 sahaja lelaki akil baligh, yang sepatutnya bersolah subuh berjemaah di masjid atau surau. Maka bilangannya jadi 400 lelaki akil baligh.

Kadar penembusan surau. Selalunya 3 atau 4 saf untuk solat subuh. Lebih kurang 60 orang. 60/400 = 15%.

Boleh dikira agak banyak jugak nisbah penduduk yang solat subuh kat sini berbanding surau-surau lain. Jangan marah ye. Bukan nak berlagak. Tapi pakcik-pakcik kat sini saya tengok memang rajin datang solat berjemaah. Rata-rata surau lain yang saya pernah pergi dalam lingkungan 5% hingga 10% sahaja yang datang.

Walaupun begitu. Jangan terlalu gembira. Apakah maksud statistik ini. Jika anak-anak kita dapat markah 10% atau 15% kita akan marah mereka atau bagi nasihat dengan baik. Kita akan ambil tindakan. Jumpa cikgu mereka. Hantar anak ke pusat tuisyen dan sebagainya.

Apakah tindakan kita bila orang yang datang surau hanya sekitar 15% atau 10%? Jika markah lulus walau hanya 40%. Kita telah GAGAL.

10% kadar purata kedatangan solat subuh di surau. Kenapa kita tak buat apa-apa? Sebab kita rasa itu bukan tanggungjawab kita. Itu tanggungjawab AJK surau. Selagi kita tak rasa itu tanggungjawab kita, selagi itu ianya takkan berubah.

90% lagi yang tak datang tu, bukan tiada ilmu bahawa solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih baik. Bukan tidak tahu cara solat subuh 2 rakaat. Bukan tidak tahu setiap langkah Allah ampunkan 1 dosa, Allah bagi 1 pahala dan Allah naikkan darjat dalam syurga. Majoriti orang tahu ilmu ini.

TAPI kenapa yang hadir hanya 10%? 90% lagi bergembira dengan solat di rumah atau tidak solat langsung atau mungkin sebahagiannya yang solat di dalam perjalanan ke destinasi kerja atau ada yang uzur.

Ustaz bagitau, ini bukan kerana kurangnya ILMU. Tapi kerana kurangnya IMAN. Apa itu iman. Iman itu YAKIN. Keyakinan pada janji2 Allah dan Rasul.

Iman saya dan tuan puan tidak sekuat sahabat-sahabat Nabi saw. Di zaman Nabi saw 100% lelaki akil baligh solat berjemaah. Hatta orang2 munafik pun solat di belakang Nabi kecuali waktu solat subuh dan isya’. Apa telah terjadi pada kita? 10%!!!

Untuk itu bukan sahaja ILMU perlu diusahakan, bahkan perlu diAMALkan. YAKIN perlu ditingkatkan. Apabila YAKIN kuat baru amalan agama jadi mudah dan manis. Untuk tambahkan YAKIN, maka hendaklah kita SAMPAIKAN. Itulah konsep BAS (Belajar-Amal-Sampai)

Jika hari ini kita solat, tapi tak rasa manis, maka yakinlah bahawa iman kita masih lemah

Jika hari ini kita baca Quran, tapi tak rasa sedap, yakinlah bahawa iman kita masih lemah

Jika hari ini kita bertasbih, tapi nak cepat2 sebab nak baca wasap, fb dan sebagainya, yakinlah iman kita masih lemah dan perlu diusahakan

===================================================

Apa pula hubung kait dengan perniagaan?

BAS & KASH

Kalau anda google KASH anda akan dapat tahu maksudnya. Ia adalah formula sukses untuk perniagaan.

Hari ini banyak sekali syarikat2, korporat2, GLC dan peniaga SME, internet marketer, agen unit amanah, agen takaful, agen hartanah dan yang bekerja sendiri telah habiskan RIBU-RIBU bahkan JUTA-JUTA untuk ilmu (KNOWLEDGE).

Masa juga telah banyak dikorbankan untuk KNOWLEDGE.

Tetapi hasilnya tak setimpal dengan usaha, tenaga, masa dan wang ringgit yang dihabiskan.

Sepertimana bab solat subuh tadi. Begitu juga bab perniagaan. KNOWLEDGE sahaja tak cukup. Kena praktiskan jadi kemahiran (SKILLS). Kedua-dua inipun tak cukup. Perlu ATTITUDE yang baik dan jelmakan KNOWLEDGE tadi kepada HABITS

KNOWLEDGE – bagaimana kita nak buat sesuatu perkara dan apa kelebihannya

SKILLS – Bagaimana mahirnya kita membuat sesuatu perkara

ATTITUDE – Sikap positif atau negatif kita bila melakukan sesuatu perkara

HABITS – tabiat terbiasa yang kita buat sehingga menjadi seperti otomatis tanpa sebarang usaha

Bagaimana kita hendak transform kan KNOWLEDGE kepada SKILLS dengan ATTITUDE dan kepada HABITS. Inilah tugas-tugas ketua kepada organisasi, syarikat atau agensi.

Dan sebagai individu, anda juga perlu memerhatikan 4 unsur ini. Beri perhatian dan bina setiap unsur ini. Anda perlu rasa ini tanggungjawab anda untuk baiki diri. Selagi anda tidak mengambil tanggungjawab ini, selagi itu ianya tidak akan berubah

Pengalaman saya dalam perniagaan agensi selama 11 tahun telah mengajar saya, bukan hanya K dan S sebagai resepi untuk berjaya. Yang lebih penting adalah A & H.

Ada orang yang mempunyai latarbelakang kewangan, cuba buat perniagaan perancangan kewangan, tapi tak dapat pergi jauh. Ada pula latarbelakang dari industri yang jauh berbeza, bila buat perniagaan perancangan kewangan, mereka ini lebih berjaya.

Lihat sahaja TS Tony Fernandes. Tiada latarbelakang penerbangan. Mampu membina jenama yang kuat sekarang.

Siapa buat dia yang dapat. Man Jadda Wa Jadda.

Nampak tak ada kesamaan di antara amalan agama dan perniagaan.

Anda mungkin dah belajar di Universiti Al-Azhar atau di Madinah sekalipun dalam bahagian agama. Tapi jika anda tak dapat datang solat subuh berjemaah dengan alasan untuk mengajar isteri solat di rumah. Berbanding pakcik2 yang belajar di Amerika, England dan bukan bab agama pun. Tapi mereka datang. Perlahan-lahan mereka datang.

Anda mungkin boleh bagi ceramah setiap malam di masjid. Tapi jika anda tak dapat datang solah subuh berjemaah. (contoh extreme – tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang hidup atau mati). Berbanding pelajar anda yang datang solat berjemaah. Berbanding mat motor hingusan datang solat berjemaah.

Anda mungkin professor bahagian perniagaan. Tapi anda tidak pernah menceburkan diri dalam perniagaan.

Man Jadda wa Jadda

Oleh itu, gunakan KNOWLEDGE yang telah dipelajari. Jelmakan menjadi HABITs.

Repetition is the Mother of Perfection.

Anda mungkin dah banyak buat usaha untuk perniagaan anda, tapi masih belum berjaya. Teruskan. Teruskan. Teruskan

Orang yang berjaya adalah adalah orang yang telah gagal banyak kali lebih dari yang pernah dicuba oleh orang yang biasa-biasa yang mudah putus asa.

Luahan Hati

Arif Ismail